NorHAslina IBrahim JoURney........
Salam Dari Jauh Buat Kawan-Kawan Yang Jauh Di mata Tapi Dekat Dihati. Ingat tak siapa Norhaslina Ibrahim ni? Tapi kalau korang tak kenal nama penuh aku nak uat camner, sebab korang panggil nama aku ANN masa kat FSP. Terima kasih uat kawan aku ANNA coz perkenalkan nama panggilan aku pada kawan-kawan masa kat kampus dulu. Sampai sekarang, maksudnyer kat pejabat pun aku pakai jer nama ni, Senang nak panggil. Walaupun kadang-kadang dorang conpius gak nape nama aku ANN tetiba. Jadi terpaksa la aku cerita balik cite masa kat Kampus. Sebenarnya aku bagitau (promote) la aku graduan kat FSP, UiTM. Anyway, buat yang nak tau perkembangan pasal budak lesung pipit nama ANN ni, baca la sampai habis yer. Tapi kalau malas nak tau, lu pikir la sendiri nak uat per.......
Habis jer masa belajar kat UiTM tu, aku keje la kat RTM sebagai pengacara Agrotek, pengacara siaran langsung dan penulis skrip dalam masa yang sama aku dapat offer kerja kat SYABAS. Jadi aku pun keje la kat situ selama 3 bulan. Oleh kerana kerajinan aku di SYABAS (Sori la beb coz terpaksa puji diri sendiri), Executive Chairman (EC) suruh aku transfer ke Puncak Niaga, handle kempen Selamatkan Sungai Kita. Bila keje kat Puncak ni aku banyak teringat memori lama masa belajar kat Satdium Shah Alam. Mana taknya dulu kan duk sewa kat Apartment Perdana tu, hari-hari menghadap bangunan Wisma Maritim, siap amik gambar lagi masa subjek Fotografi. Alih-alih dapat keje kat dalam bangunan ni lak. Tapi skang bangunan ni dah tukar nama, WISMA ROZALI sempena nama EC aku.
Sekarang ni aku sebagai MANAGER di Corp. Comm. Depart. Keje banyak gila, rasa cam nak pecah jer kepala otak aku ni. Bak kata orang lain, padan muka ko (sapa suruh jawat jawatan tinggi sangat). Pada masa yang sama aku juga uat keje partime ngan RTM lagi sebagai penyampai TV dalam segmen AKHBAR HARI INI. Kalau korang rindu nak tengok muka aku, jangan lupa tengok jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi ( harinya tak tentu, kalau bernasib baik dapat la korang tgk aku) Pada kawan-kawan yang nak tau lagi kisah aku jangan segan-segan call aku yer, email norhaslina@puncakniaga.com.my (pada kawan-kawan yang prihatin tolong la jangan meniaga no hp aku kat orang yang aku tak kenal yer)
2 comments:
a'ah... x abis nk promote syabas.. kucing ko dh bg nama ke lum?? kekekkee
Ko ni anna, tak abis-abis SYABAS. Aku dah nak naik darah ni. Aku cakap aku keje kat PUNCAK NIAGA la. Ada masa terluang tak? Ko fikir sendiri la aku nak bagitau apa...hihihi...
Post a Comment