Friday, July 18, 2008

SELAMAT DATANG WARGA FSP 2000

SELAMAT DATANG.

Blog ini di wujudkan khas buat semua warga FSP.
Kepada semua warga FSP 2000 diharap dapat menghantar semua cerita, diari, pengalaman anda, kad undangan perkahwinan, gambar-gambar anda di sini untuk tatapan semua warga FSP.
Jika Ia sebuah Cinta

jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya..
jika ianya sebuah cinta………
penghargaan untuk sweet Batch 2000 FSP uitm Shah alam

No comments: